"Dan tolong-menolong kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (al-Maidah 5:2)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Setiap orang dari kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap orang yang di bawah tanggungjawab kamu."
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah.
Peserta mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment