Sunday, December 19, 2010

KEPENTINGAN TAKAFUL

Simpanan dan Perlindungan

Berapa peratuskah (%) dari gaji anda DISIMPAN untuk persediaan MASA DEPAN anda ???
Mungkin anda bersetuju dengan saya, adalah sukar untuk menyimpan wang walaupun ke dalam BANK? 
Kita pasti dengan mudah akan mengeluarkannya apabila kita berhasrat untuk membeli sesuatu yang kita hajati!! 

Hanya Takaful Dapat MEMASTIKAN Anda Menyimpan Secara Tetap

ANTARA FAKTOR INDIVIDU MENYIMPAN DI TAKAFUL:
·Sebagai simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.
·Sebagai sumber pendapatan masa tua.
·Sebagai sumber pendapatan sekiranya berlaku keilatan kekal/ lumpuh.
·Sebagai persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau ada peluang perniagaan.

Pendidikan Anak-anak

MENGAPA PERLUNYA TAKAFUL UNTUK MEMBIAYAI PELAJARAN ANAK-ANAK???
·Apabila mereka meningkat dewasa, kita mengkhendaki satu permulaan yang baik.
·Bayaran sumbangan adalah murah jika kita menyertainya mulai sekarang atau ketika umur anak anda masih muda.
·Sebagai tabungan untuk anak anda.

TABUNG PELAJARAN

Kita semua sedia maklum bahawa bayaran YURAN PENGAJIAN semakin tinggi saban tahun. Statistik bilangan anak-anak yang cerdik semakin meningkat. Anak anda mungkin salah seorang dari mereka. Oleh hal demikian, pelajaran adalah pemberian terbaik untuk anak-anak yang boleh diberikan oleh ibu dan bapa. Ibu bapa pula sudah pasti mengimpikan anak tersebut berjaya dalam pelajaran dan mempunyai kerjaya yang baik. Walau bagaimanapun, anak-anak tersebut perlu bersaing untuk mendapat kerjaya yang baik dengan pendapatan yang tinggi bagi membiayai kehidupan yang semakin mencabar. TETAPI pernahkah kita terfikir sekiranya anak tersebut ketinggalan dalam persaingan ini kerana tiada bantuan kewangan semasa hendak melanjutkan pelajaran. Polisi pendidikan tidaklah membebankan sangat tetapi akan menunjukkan HASIL KEJAYAAN dengan perancangan kewangan yang dibuat oleh anda.

Penyakit / Bil Hospital

Penyakit jantung, strok, kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah antara penyakit yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia. Kecanggihan teknologi perubatan moden dapat mengatasi masalah ini namun MASALAH KEWANGAN UNTUK MEMBIAYAI KOS PERUBATAN selalu menjadi penghalang. Kos rawatan semasa sakit dan kos rawatan berterusan adalah tinggi dan kadangkala tidak mampu ditanggung oleh kita yang kebanyakannya berpendapatan sederhana.
·         Sanggupkah kita melihat suami atau isteri atau anak-anak berkorban masa dan tenaga untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos perubatan kita?
·         Bagaimana pula jika kita hidup sebatang kara?
·         Bagaimana untuk menghadapi kehidupan apabila wang simpanan semakin hari semakin berkurangan kerana terpaksa menampung kos perubatan yang tinggi?
·         Bagaimana pula anda ingin meghadapi situasi ketika anda berusaha mencari wang untuk membiayai kos perubatan, hutang rumah, hutang kereta, bil elektrik, bil air dan bil telefon juga perlu dijelaskan???

Pernahkah anda terfikir sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan…anda mungkin akan menghadapi situasi ini:

Pada mulanya, anda akan memeriksa Akaun Simpanan, berapa banyak wang yang ANDA ada? SEKIRANYA TIDAK mencukupi? Anda perlu minta pertolongan kedua orang tua anda. SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi? Anda perlu minta bantuan dari abang, kakak atau adik-beradik yang lain. Tetapi, keadaan mereka juga sama seperti anda – tidak cukup wang kerana banyak perbelanjaan perlu ditanggung? Anda perlu minta bantuan dari saudara mara. Tetapi,berapa banyak mereka boleh bantu anda? Anda perlu minta bantuan dari rakan-rakan. Namun, bolehkah mereka menolong? Mereka juga ada tanggungan. Akhirnya, anda perlu minta Bantuan Orang Ramai iaitu Jabatan Kebajikan.



Sekiranya anda menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan dikenakan bayaran :

·Bil sekadar RM16-RM50 mungkin kita masih mampu.
·Bil RM500-RM1000 mungkin kita boleh mengambil dari wang simpanan kita.
·Bil RM20,000 hingga RM200,000.??? Adakah anda akan menggunakan kad kredit, wang simpanan, pinjaman, pajakan barang kemas, cagarkan rumah atau menjual kereta????????

SERTAILAH ETIQA TAKAFUL SEKARANG !!!

No comments:

Post a Comment